Ads

Wednesday 21 September 2011

KAHWIN KONTRAK

PERKAHWINAN dalam Islam adalah satu ibadat kerana ia sangat digalakkan oleh hukum Syarak. Justeru, pemilihan jodoh adalah antara perkara penting sebelum memasuki alam perkahwinan

kerana dari situ, bermulanya masa depan rumah tangga yang dibina dalam membentuk keluarga bahagia. Soal memilih pasangan yang dijadikan teman hidup sepanjang hayat, tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana tanggung jawab membentuk keluarga bahagia dan melahirkan generasi cemerlang sungguh berat yang memerlukan keteguhan pegangan agama suami isteri supaya lebih bersedia berdepan ujian dan cabaran.

Jika perkahwinan dilangsungkan atas dasar kasih sayang dan sukarela antara pasangan, pastinya bahtera yang dilayari akan bahagia selamanya, tetapi bagaimana jika ijab dan kabul itu dilakukan atas dasar kahwin kontrak yang menyebabkan institusi perkahwinan terlerai selepas kontrak dipersetujui sudah diperoleh?

Perunding Klinikal Psikologi Perkahwinan dan Terapi Seksologi Keluarga, Datuk Dr Mat Saad Baki, berkata kahwin kontrak atau juga disebut sebagai kahwin tajaan biasanya membabitkan wanita kaya yang memiliki banyak harta dengan memilih lelaki yang rendah sedikit statusnya daripada wanita berkenaan.

“Antara sebab berlakunya kahwin kontrak ini kerana wanita itu mahukan anak untuk mewarisi kekayaannya dan selepas berkahwin dan mendapat anak, pasangan itu akan berpisah seperti yang sudah dipersetujui.

“Lelaki yang sanggup menjadi suami secara kontrak ini pula akan menerima bayaran bulanan, mendapat kemudahan termasuk diberi kereta dan menjalankan tanggungjawab minimum sebagai suami kerana wanita itu mempunyai kemampuan untuk menyara keluarga.

“Wanita seperti ini biasanya seorang yang berdikari dan tidak memerlukan duit lelaki itu, sebaliknya hanya mahukan anak secara sah menerusi perkahwinan dan hubungan yang dijalin boleh diumpamakan seperti ikatan perniagaan saja,” katanya.

Dr Mat Saad berkata, ada lelaki yang sedar diri mereka dipermainkan oleh wanita terbabit, tetapi mereka rela dengan keadaan itu kerana mendapat imbuhan besar, berbanding pendapatan yang diperolehnya sebelum berkahwin.

“Lelaki seperti ini menganggap sumbangan wanita dalam bentuk material kerana kesanggupan menjadi suami walaupun dalam tempoh sementara, memberikan keselesaan kerana diberi pelbagai kemudahan.

“Ada kalanya, lelaki ini juga sudah mempunyai isteri lain kerana mereka sedar, tanggungjawab yang digalas ketika memperisterikan wanita menerusi kahwin kontrak ini hanya sementara saja,” katanya.

Dr Mat Saad berkata, walaupun kahwin kontrak yang kebanyakannya berlaku di bandar besar ini dianggap sebagai kebiasaan, ianya bukan norma dalam masyarakat.

“Kahwin kontrak bukan perkara baru, tetapi kita tiada data berhubung kes itu. Ada juga wanita melakukan perkahwinan kontrak kerana ingin membuktikan dirinya sempurna dan dapat memenuhi keperluan fizikal mereka, iaitu berkahwin dan memiliki suami serta mendapat anak. Selepas mencapai tahap itu, dia sanggup berpisah kerana dia seorang yang berdikari dan mampu membina kehidupan yang baik walaupun tanpa suami,” katanya.

Beliau berkata, ada lelaki menganggap perkahwinan kontrak ini lebih jujur kerana mereka melalui perhubungan yang sudah ditetapkan matlamatnya dalam tempoh tertentu.

“Perkahwinan biasa banyak kepura-puraan dan tanda diduga berlaku perceraian, tetapi pasangan yang berkahwin kontrak sudah mengetahui hala tuju mereka. Asasnya, kehidupan mereka tetap bahagia dan perlu memenuhi kontrak seksual untuk mendapatkan anak.

“Mereka lebih bersedia untuk masa depan dan mengetahui apa yang mereka mahukan dalam perhubungan. Biasanya, wanita yang mendominasi perhubungan itu kerana mereka lebih kaya dan lelaki yang mengetahui matlamat perkahwinan itu, tidak berasa diperalatkan kerana mahukan imbuhan.

“Bagaimanapun, jika niat perkahwinan itu hanya diketahui lelaki selepas berlakunya ijab kabul, mungkin lelaki itu merasa dirinya diperangkap, berasa marah dan terus menceraikan wanita terbabit,” katanya.

Bagaimanapun, bagi tokoh agama terkenal, Wan Akashah Wan Abd Hamid, perkahwinan kontrak yang juga disebut sebagai kahwin mutaah atau kahwin misyar ini tidak sah dan haram bagi pengikut Ahli Sunnah Wal Jamaah.

“Malah, ada nas mengatakan Saidina Ali pernah menyebut bahawa Rasulullah SAW. melarang mereka berkahwin kontrak. Sebenarnya, jika niat perkahwinan kontrak itu tidak diketahui oleh lelaki yang menjadi suami, pernikahan itu memenuhi syarat sah nikah yang ditetapkan, tetapi jika dinyatakan secara sah adanya tempoh tertentu untuk perkahwinan itu, ianya menjadi haram dan tidak sah nikah.

“Jika wujud perkahwinan kontrak, ini bermakna individu itu tidak memahami hukum agama atau terpengaruh dengan budaya Barat. Dalam Islam, matlamat perkahwinan itu bukan untuk perceraian, sebaliknya berkekalan dan bahagia membina keluarga,” katanya.

Wan Akashah berkata, haram hukumnya jika wanita meminta perceraian daripada suami tanpa sebab, walaupun untuk memenuhi niat awal perkahwinan mereka yang dilakukan secara kontrak.

“Jika lelaki mengetahui niat wanita itu berkahwin dengannya hanya untuk sementara, dia wajar `melepaskan’ wanita itu kerana ternyata dia seorang yang ego dan mempergunakan lelaki untuk memenuhi kepentingan peribadi yang bertentangan dengan agama,” katanya.

Bagi perunding motivasi, Dr Rubiah Kulup Hamzah, nikah kontrak popular di Arab Saudi terutama di kalangan lelaki yang bertugas jauh daripada keluarga.

“Mereka biasanya bernikah kontrak sementara bertugas di tempat itu, tetapi apabila bercerai dengan isteri kontrak ini, wanita berkenaan tidak boleh menuntut apa-apa,” katanya.

Beliau berkata, antara punca berlakunya kahwin kontrak di Malaysia disebabkan desakan untuk mendapatkan anak, tetapi fungsi perkahwinan itu akan menjadi cacat dan pincang.

“Institusi perkahwinan sepatutnya dikekalkan bagi membolehkan suami isteri bersama membentuk kehidupan anak dengan penuh kasih sayang. Bagaimanapun, kahwin kontrak ini akan menyebabkan isteri memisahkan anak daripada bapanya selepas perceraian kerana matlamat perkahwinan itu hanya untuk mendapatkan anak saja.

“Keadaan itu menyebabkan anak berada dalam konflik dan keliru disebabkan sikap ibu mereka yang sangat berdikari dan tidak mengharapkan bantuan suami,” katanya.

Dr Rubiah berkata, alasan untuk mendapatkan anak sebagai pewaris harta tidak wajar dijadikan punca berlakunya nikah kontrak kerana Islam mempunyai sistem hibah iaitu mewasiatkan harta lebih awal sebelum meninggal dunia.

“Syurga seorang isteri di bawah tapak kaki suami, tetapi kalau wanita meminta cerai, ini bermakna wanita itu tidak ikhlas untuk menjadi isteri. Bagaimanapun, hak memberi cerai tetap ada di tangan suami, tetapi jika isteri asyik meminta dibubarkan perkahwinan, suami dayus jika tidak memenuhinya,” katanya.

Bagi mengelakkan berlakunya kahwin kontrak, lelaki perlu memastikan wanita yang dinikahi itu sekufu dengannya kerana pernikahan tidak sekufu ini menjadi alasan wanita untuk bercerai akhirnya.

“Ikatan perkahwinan dapat menghindarkan zina tetapi alasan untuk mendapatkan anak secara sah dengan mengadakan kahwin kontrak tetap berdosa kerana ia bertentangan dengan agama,” katanya.



Sumber:Berita Harian

9 comments:

  1. Terima kasih atas penjelasan tentang kawin kontrak yang lengkap dan mudah dipahami ini... Salam kenal

    ReplyDelete
  2. Kepada wanita / perempuan yang ingin nikah kontrak dengan saya sila hubungi saya email saya sanggup nikah kontrak untuk membantu dari segi Wang Dan sarapan ,janda Dan semua kategori di alu-alukan. Jika mahu nikah kerana nak dapatkan PR/IC juga saya bersedia nikah. Tak Kira status ,janda ,dara atau warganegara Indonesia. Hubungi sy untuk kita nikah mustard. Sy lelaki Malaysia,bekerja di selangor Dan berumur 30. Email sy : mifhmoonwalk@gmail.com

    ReplyDelete
  3. salam...saya sudi nikah contract untuk tmbah pndapatan je hubungi sya email theakunsesuatu@gmail.com

    ReplyDelete
  4. MENCARI WANITA UNTUK KAHWIN KONTRAK (TANPA SEKS DAN HUBUNGAN) UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN KELUARGA SAHAJA. JIKA MENGHADAPI SITUASI SAMA, EMAIL SAYA SEGERA.

    ReplyDelete
  5. MENCARI WANITA UNTUK KAHWIN KONTRAK (TANPA SEKS DAN HUBUNGAN) UNTUK MEMENUHI PERMINTAAN KELUARGA SAHAJA. JIKA MENGHADAPI SITUASI SAMA, EMAIL SEGERA kontraknikah@gmail.com

    ReplyDelete
  6. ADA GANJARAN DISEDIAKAN -kontraknikah@gmail.com

    ReplyDelete
  7. Mencari lelaki yng sudi kahwin sementara kerana sebab tertentu atau pon pihak lelaki memerlukan pasangan segera untuk berkahwin sila WhatsApp sya... 0175659334

    ReplyDelete