Ads

Penyelesaian Talak 3


PENYELESAIAN...?!
Sebenarnya istilah cinabuta dan muhallil merujuk kepada
seorang lelaki yang dijanjikan sesuatu ganjaran untuk
mengahwini seorang wanita yang telah dijatuhkan talak tiga
dan kemudian diceraikan dalam tempoh-tempoh
tertentu(biasanyasemalaman) bagi membolehkan bekas
suami mengahwini wanita tersebut.
"Sebaliknya pula bagi seorang lelaki mengetahui isterinya ialah
bekas janda dengan talak tiga lalu menceraikan isteri tersebut
dengan sebab-sebab tertentu.Perkahwinanmereka tidaklah
dianggap sebagai cinabuta atau muhallil kerana perceraian
berlaku disebabkan perkara yang lain."
q
Muslimin muslimat yang dirahmati ALLAH.
q
Tujuan ALLAH mengadakan hukum ini tidak lain untuk
menjadikan sebagai pengajaran kepada kedua-dua pihak
suami isteri.Jika tidak mengapa tidak ALLAH mengharamkan
langsung perkahwinan antara mereka setelah berlakunya
perceraian talak tiga seperti hukumnya perceraian lian?.
Ingatlah akan firman ALLAH:

��Maka janganlah kamu menghalang-halangi wanitawanita
untuk berkahwin semula dengan suami-suami
mereka.�� (al-Baqarah: 232)

Hukum ini jelas menjadi pengajaran kepada suami yang
bertanggungjawab memegang kuasa talak bertapa
berharganya seorang isteri.Sekiranya perceraian
berlaku,suami perlu bersabar untuk tempoh yang agak lama(
2 kali idah serta tempoh perkahwinan dan urusan perceraian
dengan suami ke-2) sebelum boleh bersama semula.

Selain itu, memberikan ganjaran dan kelebihan kepada isteri
untuk menikmati persetubuhan seperti biasa secara sah
dengan suami yang baru dikahwini.Usahlah kita hipokrit
mengatakan wanita yang rugi dalam perhubungan tersebut
kerana kenikmatan perhubungan badan dinikmati oleh keduadua
pasangan bukannya dipihak lelaki sahaja.Manusia yang
normal tidak akan menolak perhubungan badan yang nikmat
dan berhak menikmatinya baik lelaki mahupun wanita dalam
keadaan halal(berkahwin).

Cara terbaik untuk kes ini ialah dengan menjalankan
perceraian secara takliq dan khulu' kepada suami kedua.
Takliq ialah perjanjian yang membawa kepada jatuhnya
talak.sebagai contoh,sepasang suami isteri bersetuju untuk
membuat takliq iaitu jatuh talak 1 keatas isteri sekiranya
suami menghisap dadah etc.

Khulu' pula ganti rugi yang perlu dibayar dalam bentuk
harta(wang etc) dengan nilai yang dipersetujui bersama oleh
isteri kepada suami bagi melepaskannya dengan talak.
firman ALLAH:

��Tidak mengapa atas keduanya pada apa yang dibayar
oleh perempuan untuk menebus dirinya.�� (al-Baqarah:
229)


Dalam hal ini, makruh bagi lelaki untuk menuntut tebusan
wang lebih daripada kerugiannya, kerana yang demikian itu
adalah semacam tekanan atau bebanan untuk memberati
isteri.

PENERANGAN RINGKAS PROSEDUR TAKLIQ DAN KHULU’
DALAM UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM MALAYSIA

Jika suami tidak bersetuju menjatuhkan talak dengan
kerelaannya sendiri tetapi pihak isteri bersetuju bercerai
dengan cara penebusan diri atau tebus talak, mahkamah
hendaklah selepas jumlah bayaran tebus talak dipersetujui
oleh kedua-dua pihak itu, mengarahkan suami itu melafazkan
perceraian dengan cara penebusan dan perceraian itu adalah
ba-in sughra atau tidak boleh dirujukkan.

mahkamah hendaklah merekodkan cerai tebus talak itu
dengan sewajarnya dan menghantar satu salinan rekod itu
yang diperakui kepada pendaftar yang berkenaan dan kepada
taraf dan sumber kewangan pihak suami.

jika jumlah bayaran tebus talak tidak dipersetujui oleh pihakpihak
itu, mahkamah boleh mentaksirkan jumlah mengikut
hukum syara’ dengan memberi pertimbangan kepada taraf dan
sumber kewangan pihak suami.

jika suami tidak bersetuju bercerai dengan cara penebusan
atau tidak hadir di hadapan mahkamah sebagaimana
diarahkan, atau jika mahkamah berpendapat bahawa ada
kemungkinan yang munasabah bagi suatu perdamaian,
mahkamah hendaklah melantik suatu jawatankuasa pendamai
sebagaimana diperuntukkan dibawah seksyen 47 dan seksyen
itu hendaklah dipakai sewajarnya.

Seseorang perempuan yang bersuami berhak mendapatkan
perceraian menurut syarat-syarat surat perakuan ta’liq yang
dibuat selepas berkahwin, memohon kepada mahkamah untuk
menetapkan bahawa perceraian yang demikian telah berlaku.
Mahkamah hendaklah memeriksa permohonan itu dan
membuat suatu penyiasatan.

JALAN KELUAR MASALAH PENCERAIAN TALAK 3
Kebahagiaan dan faedah boleh diperolehi sekiranya kita tahu
cara dan berilmu mengenainya. Caranya begini:
Pihak bekas suami perlulah mengadakan perbincangan dengan
lelaki yang ingin dikahwinkan dengan bekas isterinya tentang
hajatnya itu iaitu tujuan lelaki itu ditawarkan berkahwin
dengan bekas isterinya.

Ini bertujuan untuk mendapat persetujuan bersama supaya
perceraian menerusi tebus talak yang dipinta oleh isterinya
apabila telah berkahwin kelak akan diterima dengan hati
terbuka.

Perbincangan itu pula tidak menetapkan sebarang tarikh untuk
bercerai, bayaran upah atau jangkaan bayaran tebus talak
dan sebagainya.

Malahan setiap perceraian perlu ada alasannya yang
munasabah supaya si isteri tidak menanggung dosa meminta
cerai tanpa sebab.

Muslimin muslimat yang dirahmati ALLAH.
Semua ini memerlukan pertimbangan yang serius ketika
mencarikan calon bakal suami untuk bekas isteri dan amat
sukar sekali untuk ditemukan.Ditambah dengan beban
masyarakat yang memandang serong perkara ini dan diambil
kesempatan oleh orang yang ingin mengambil kesempatan
diatas penderitaan orang.

Kesukaran untuk mendapatkan lelaki yang bersesuaian adalah
masalah yang perlu ditempohi oleh bekas suami
berkenaan.Paling utama lelaki yang dipilih untuk diajukan
tawaran menikahi bekas isterinya sudah tentu tidak boleh
dipaksa untuk membuat sebarang perjanjian untuk
menceraikan isterinya selepas dikahwini dengan ganjaran atau
syarat-syarat tertentu(urusan seperti inilah yang dinamakan
muhallil didalam hadith rasulullah dan dikutuk ALLAH).

Seeloknya lelaki yang dipilih tidak seharusnya dekat dengan
pasangan.Contohnya sanak sandara dan rakan kenalan.Ini
kerana mereka akan sentiasa berjumpa dan mendatangkan
perasaan tidak enak ketika bertemu dikemudian hari.Apatah
lagi orang gila atau kesihatannya diragui.

CALON SUAMI KEDUA

Berdasarkan keterangan diatas, terdapat beberapa masalah
untuk melaksanakan cara yang halal ini.

MASALAH 1: tiada perjanjian untuk menceraikan isteri untuk
sebarang tempoh dengan bayaran tertentu.

MASALAH 2: Isteri perlu mempunyai alasan kukuh untuk
meminta perceraian tebus talak daripada suami keduanya.

Kedua-dua masalah ini hanya akan saya terangkan dengan
panjang lebar kepada pasangan yang berkenaan sahaja. Cara
bantuan ini hanya dinyatakan kepada pasangan yang terbabit
sahaja kerana beberapa hikmah.

Antaranya supaya tidak berlaku salah guna cara oleh orangorang
yang tidak bertanggung jawab menggunakan nama
penulis dan membuat aniaya pada pasangan terlibat.
Kepada pasangan yang menghadapi masalah itu dan
inginkankan bantuan serta maklumat lanjut, hubungilah
penulis melalui e-mel mendapatkan penerangan lebih lanjut
dan temujanji.

Pastikan anda sertakan bersama salinan surat cerai sebagai
bukti anda benar-benar bermasalah dan emailkan kepada
penulis sebelum sebarang komunikasi serius.

Jangan malu dan segan kerana bukannya mudah untuk
menemui peluang seperti ini .Jangan juga anda membuat
pengakuan palsu dengan tujuan mempermainkan niat ikhlas
orang ketika anda sendiri tidak mengalami masalah
itu.Janganlah lupa hidup kita ini seperti roda.Tidak sentiasa di
atas dan tidak juga di bawah.

NASIHAT KEPADA PARA SUAMI
Kepada para suami, berfikirlah dengan waras dan teliti
sebelum menyebut perkataan cerai kepada isteri.
Tidak sewajarnya bertindak terburu-buru dalam soal
perceraian,apatah lagi sehingga menceraikan talak 3 ke atas
isteri.

Islam membenarkan pasangan suami isteri bercerai talak 1, 2
dan 3, tetapi kesan buruk daripada perceraian itu haruslah
disedari oleh setiap suami isteri.