Ads

Kahwin Lari

Kahwin Lari - Nikah Siam - Kawin di Songkhla - Akad Nikah Thailand

Kahwin lari dan prosedur nikah di Thailand harus mengambil kira keperluan untuk mendaftarkan perkahwinan itu bila kembali ke Malaysia selepas nikah Thailand.

Oleh itu, nikah Siam bukan setakat akad nikah di Thailand dan pengeluaran sijil, tetapi juga melibatkan pengesahan sijil oleh Majlis Agama Islam di Wilayah berkenaan, dan seterusnya mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia bagi Selatan Thai. Surat pengesahan perkahwinan dari Konsulat di Selatan Thai ini diperlukan untuk pendaftaran perkahwinan nanti.

pasangan sedang melangsungkan pernikahan di MAIS

Jambatan 2.6km di Songkhla
Ada cuma satu Konsulat Malaysia di Selatan Thai, dan konsulat ini terletak di Songkhla. Konsulat inilah yang perlu mengesahkan sijil perkahwinan dari seluruh Selatan Thai bagi rakyat Malaysia yang kawin lari dan nikah Siam.
Jadi, mengapa kawin di Narathiwat atau Yala yang jauh dari Konsulat Malaysia yang satu ini?

Tempat terbaik untuk akad nikah Siam ialah di Songkhla dimana semua sijil dan surat pengesahan dapat diterima dalam masa yang singkat. Tak perlu menunggu berhari-hari atau berminggu-minggu untuk surat pengesahan. Cuma perlu semalaman untuk surat Konsulat. Tak perlu bayar harga yang tinggi. Dan kami boleh uruskan semuanya.

Pantai Songkhla
Lagi pun, Songkhla paling selamat. Tak ada rusuhan.

Contoh Prosedur Nikah Thailand (bersama kami)

Contoh : Pasangan yang ingin kawin lari di Siam itu berasal dari Selangor.

Pasangan ini boleh mengambil penerbangan Air Asia ke Alor Setar untuk sampai kesana dalam pukul 8:15 pagi.

Dari Alor Setar, pasangan ini akan dibawa untuk kahwin Thailand melalui Bukit Kayu Hitam untuk pergi ke pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di Hat Yai. Perjalanan ini mengambil masa lebih kurang satu jam.

Pernikahan mengambil masa lebih kurang setengah jam. Selesai akad, sijil dikeluarkan. Kemudian Majlis Agama Islam Songkhla mengeluarkan surat pengesahan yang ditujukan kepada Konsulat Malaysia di Songkhla. Waktu menunggu di Majlis Agama Songkhla lebih kurang setengah jam.

Agen yang sahih akan membawa anda dan pasangan anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan mendapatkan surat pengesahan pada hari pernikahan, bukan seminggu kemudian. Sindiket palsu tidak akan membawa anda ke Majlis Agama Islam wilayah berkenaan dan akan mengeluarkan surat pengesahan palsu yang kononnya dari Majlis Agama Islam.


Sebagai langkah mencegah sindiket palsu, Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla tidak lagi membenarkan rakyat Malaysia berkahwin dimana-mana tempat selain Pejabat Majlis Agama Islam di Hat Yai.

Setelah mendapat pengesahan dari majlis Agama di Songkhla, pasangan ini dibawa pula ke Konsulat Malaysia di bandar Songkhla untuk mendapatkan pengesahan dari Konsulat Malaysia pula. Perjalanan dari Majlis Agama Songkhla mengambil masa setengah jam. Konsulat akan mengeluarkan surat pengesahan pada hari esoknya

Surat pengesahan Konsulat Malaysia hanya boleh didapati di Songkhla, tidak di Yala atau Narathiwat. Surat ini mesti diserahkan bersama permohonan pendaftaran di Malaysia nanti
 
Segala prosedur nikah Thailand di MAIS boleh selesai sebelum tengah hari. Ada masanya, proses di MAIS lewat sedikit, tapi masih boleh siap disebelah petang hari yang sama. Selepas itu, pasangan ini bebas untuk kembali ke Malaysia (kami akan hantar surat pengesahan Konsulat melalui Pos Laju), atau bersiar-siar di bandar Songkhla atau Hat Yai atau lain-lain tempat atau pergi ke hotel.


Perjalanan ke MAIS melalui
Bukit Kayu Hitam
Bagi pasangan yang memilih untuk bermalam di Songkhla, kami akan jemput mereka dari hotel pada hari berikutnya untuk mengambil surat pengesahan dari Konsulat dan seterusnya kembali ke Bukit Kayu Hitam.