Ads

CINA BUTA


CINABUTA:FAKWA DAN FAKTA KEHARAMANNYA

Cina buta ialah istilah melayu bagi perkahwinan antara
seorang lelaki dengan seorang wanita bersyarat untuk tempoh
tertentu sebelum wanita tersebut diceraikan dengan tujuan
membolehkan dia berkahwin semula dengan suami terdahulu
yang telah menjatuhkan talak tiga kepadanya dengan
ganjaran tertentu.Istilah arab bagi perkahwinan ini ialah
muhallil.

Hukum perkahwinan muhallil adalah sah disisi syara' tetapi
perlakunya dilaknat ALLAH.Sebagaimana tersebut di dalam
sebuah hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam yang
maksudnya:

"Allah melaknat orang yang melakukan muhallil (Cina
buta) dan orang yang menyuruhnya." (Hadis riwayat
Imam Ahmad).

Kebanyakkan orang tidak memahami maksud diantara “istilah”
dan “hukum”.Salah faham ini menjadikan istilah cinabuta
disalah tafsir dengan hukum dan seterusnya menjadi tabu
didalam masyarakat.Perkara ini akan dikupas pada tajuk
seterusnya.


HUKUM SYARA' PERCERAIAN TALAK TIGA

Hukum syara' didalam alquran jelas menetapkan bahawa
seorang wanita yang telah dijatuhkan talak tiga oleh suaminya
tidak boleh berkahwin sesama mereka kecuali setelah isteri
dikahwini oleh seorang lelaki lain dan melakukan persetubuhan
atas perkahwinan tersebut.

Ini dapat diperhatikan didalam ayat al-quran iaitu:

..."Talak (yang boleh dirujuk) itu dua kali.
Setelah itu boleh dirujuk lagi dengan yang ma'ruf
atau dengan menceraikan dengan cara yang
baik"...."Kemudian jika si suami menalaknya
(sesudah talak yang kedua), maka perempuan itu
tidak halal lagi baginya hingga dia kawin dengan
suami yang lain. Kemudian jika suami yang lain itu
menceraikannya, maka tidak ada dosa bagi keduanya
(bekas suami pertama dan isteri) untuk kawin
kembali jika keduanya berpendapat akan dapat
menjalankan hukum-hukum Allah. Itulah hukum-hukum
Allah, diterangkan-Nya kepada kaum yang (mau)
mengetahui."[Al Baqarah awal ayat 229 dan awal ayat
230]

juga didalam hadith rasulullah iaitu;

daripada syadatina aishah ra: telah datang isteri
rifa' ra kepada rasulullah dan berkata: "aku telah
dikahwini oleh rifa' tetapi telah diceraikan yang
tidak dapat dibatalkan(cerai talak tiga). Setelah
itu aku mengahwini Abd al-Rahman b. al-Zubair
tetapi dia mempunyai masalah langsung tidak
berfungsi(impotent penuh)".Kemudian rasullulah
tersenyum dan berkata:"kamu mahu kembali kepada
rifa'a.(kamu)tidak boleh(kembali kepada rifa')
sehingga kamu menikmati dia(suami kamu;Abd al-
Rahman) dan dia(suami kamu) menikmati manisnya
kamu;(bersetubuh). Abu bakar ra dan khalid b said
berada berdekatan rasulullan ketika itu.(Sahih
Muslim)

Ini menjelaskan bahawa tiada cara untuk sesuatu pasangan
yang telah bercerai dengan talak tiga untuk kembali semula
selain daripada diceraikan oleh suami kedua setelah
disetubuhi.Namun begitu jelas sekali didalam hadis imam

Ahmad diatas mengatakan bahawa ALLAH melaknat orang
yang melakukan muhallil.Siapa mahu dilaknat oleh ALLAH?
Nauzubillah humin zalikh...terang-terang didalam alquran
bahawa syaitan dan kaum yahudi dilaknat ALLAH.Maka tiada
bezanya status antara syaitan dan perlaku cinabuta di mata
ALLAH.Sekiranya berdasarkan permahaman masyarakat
kita,memang seolah-olah tidak ada peluang lagi untuk
pasangan tersebut berkahwin.Hadith ini adalah sahih dan tidak
diragui.