Ads

Kahwin atau Zina


SUSAH SANGAT NAK KAHWIN PUNCA ZINA MERATA-RATA

HARI ini jika sesiapa hendakberkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada soal jodoh, modal danmasa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna berkahwin danhidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit tapitidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidupberkeluarga.  Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Daraberpantun seloka sudah lama tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS inikenal-mengenal dengan pantas, bercinta dengan pantas, berkahwin punserba pantas, tetapi hutang kahwin keliling pinggang, akibatnyapergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah kewangan.

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepadasegala faktor menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadisesuatu yang terlalu formal dan sebagai satu projek dan bukan perkarayang disunatkan dalam Islam dan digalakkan dalam masyarakat timur.

Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewanganbukan perkara yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman iniyang bercinta seawal usia belasan tahun akan menganggap perkahwinansebagai destinasi terlalu sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah.

Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akanberakhir dengan pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayarkemudian. Hutang kad kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik danhutang along yang dibuat untuk berkahwin bukan boleh dilangsaikansetahun dua.

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberipinjam. Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along.

Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecilRM6,000, cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masukkenduri menyambut menantu perempuan RM6,000, bunga telur, begcenderahati, kugiran atau karaoke memeriahkan suasana dan menggugatpoket harus difikirkan.


Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golonganpertengahan, baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukupjangan mimpi hendak bersalam dengan tok kadi.

Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angandan bukan cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagaldibendung. Bagi yang pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinyadaripada mengandung.

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan Indiamelakukan upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-riburinggit kerana perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jikadiizinkan Tuhan. Seks bebas menjadi-jadi kerana institusi perkahwinandijadikan visi yang terlalu jauh hendak dicapai kerana memerlukan kostinggi.

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama.Kita perlu menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah danmurah, tetapi tinggi nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikanpembuangan bayi lebih minimum dan terus jadi sifar.